Huawei Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Boleh Pakai Baharu – Watch GT 3 SE

TechnologyDigital
28 Oct 2022 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peranti boleh pakai siri Huawei Watch GT 3 di Malaysia akan dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya Watch GT 3 SE bakal diumumkan sekaligus dijangka dipasarkan dengan harga lebih mampu milik berbanding pendahulunya. Sebagai rujukan, jam tangan pintar ini baru sahaja dilancarkan di Vietnam dengan sejumlah besar elemen Huawei Watch GT 3 yang dikekalkan padanya.

image is not available

Misalnya seperti kerangka jam berbentuk bulat bersama tali jam berasaskan silikon. Dalam masa sama, butang kawalan berputar untuk kawalan khusus turut boleh ditemui pada jam tangan ini. Menurut Huawei, ia bakal diumumkan secara rasminya pada 3 November seiring dengan pengenalan peranti mercu baharunya iaitu siri Huawei Mate50. Maklumat lanjut mengenai ketersediaan dan harga jualan jam tangan ini akan kami kongsikan menerusi kemas kini yang akan datang. Sama-sama nantikan.