Watch GT Cyber Adalah Jam Tangan Pintar Seterusnya Daripada Huawei

TechnologyDigital
27 Oct 2022 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei sedia hadir dengan pelbagai variasi peranti boleh-pakai yang mempunyai fokus serta tarikan masing-masing. Mengulas lanjut, seutas lagi jam tangan pintar baharu yang dikenali sebagai Huawei Watch GT Cyber bakal diumumkan pada 2 November 2022. Sebagai rujukan, Huawei Pocket S yang merupakan variasi baharu untuk peranti skrin boleh lipat Huawei turut sama diperkenalkan pada tarikh berkenaan.

image is not available

Seperti beberapa sebelumnya, Watch GT Cyber masih mengekalkan muka jam berbentuk bulat dan butang kawalan berputar pada bahagian sisi. Pun begitu, rekaan keseluruhan untuk kali ini tampak lebih futuristik yang seolah-olah memberi bayangan kerangka jam ini boleh ditanggalkan atau mungkin ditukar-ganti. Turut disertakan adalah saiz bezel yang nipis sekaligus mampu menyajikan pengalaman penggunaan lebih baik.

Jika sebelum ini Huawei membawa kelainan dengan memperkenalkan Watch GT Runner yang memfokuskan terhadap sukan ekstrem. Boleh jadi, Huawei turut bakal memberi sedikit kelainan pada Watch GT Cyber ini. Tiada maklumat mengenai spesifikasi didedahkan setakat ini, perkembangan selanjutnya akan kami laporkan dari masa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved