iQOO 15 Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM3699

LocalTechnology
9 Dec 2025 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

iQOO 15 kini dilancarkan di Malaysia sebentar tadi. Peranti ini hadir dengan spesifikasi berkuasa yang sesuai untuk gaming dan tugasan harian secara seimbang tetapi pada penawaran harga lebih mampu milik berbanding peranti mercu lain dalam kelas yang sama.

image is not available

iQOO 15 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.85-inci beresolusi 3168 x 1440 piksel dan menyokong kadar segar semula 144Hz serta teknologi HDR. Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama pilihan memori 16GB RAM dan storan sehingga 1TB.

Ia juga menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 lengkap dengan sokongan ciri pintar seperti Jovi yang menawarkan fungsi cadangan, arahan suara dan imbasan pintar untuk pengalaman penggunaan yang lebih menyeluruh. Peranti menerima kemas kini 5 versi Android dan tampalan sekuriti selama 7 tahun.

image is not available

Sistem kamera iQOO 15 hadir dengan tiga lensa belakang dengan masing-masing beresolusi 50MP. Ia terdiri daripada kamera utama Sony dengan OIS, periskop yang menyokong sehingga 100x zum digital, dan kamera ultra-lebar.

Menariknya, modul kamera belakang turut dilengkapi dengan jalur LED RGB bagi menambah elemen yang menarik pada rekaan peranti. Di bahagian hadapan, terdapat kamera 32MP yang menyokong rakaman video sehingga 4K manakala kamera belakang pula mampu merakam sehingga 8K.

image is not available

iQOO 15 turut dilengkapi bateri berkapasiti besar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W serta nirwayar 40W. Harga jualan iQOO 15 ditawarkan mengikut konfigurasi memori dan storan seperti berikut:

  • 12GB + 256GB – RM 3699
  • 16GB + 512GB – RMB 3899
  • 16GB + 1000GB – RMB 4299