Huawei Mate XT 2 Bakal Diperkenalkan Pada 7 September 2026

TechnologyDigital
26 Aug 2026 • 1:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Mate XT 2 Bakal Diperkenalkan Pada 7 September 2026

Huawei dilihat cuba mencuri perhatian melalui pengenalan telefon lipat terbaharu, Mate XT 2 yang dijadualkan tiba pada 7 September 2026 di China. Imej promosi rasmi yang dikongsikan menerusi Weibo beberapa hari lepas menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin menjadi telefon lipat tiga generasi baharu sekali gus meneruskan kesinambungan siri Mate XT sebelum ini.

Image from: Huawei Mate XT 2 Bakal Diperkenalkan Pada 7 September 2026

Poster rasmi setakat ini hanya menunjukkan grafik berwarna gradien tanpa mendedahkan reka bentuk sebenar peranti. Spesifikasinya juga masih menjadi tanda tanya, sekali gus menambah elemen kejutan menjelang pelancaran. Langkah ini bagaimanapun tidak mengejutkan kerana Huawei lazimnya melancarkan siri Mate pada awal September setiap tahun dan jadual kali ini dilihat kekal konsisten.

Image from: Huawei Mate XT 2 Bakal Diperkenalkan Pada 7 September 2026
Gambar Sekadar Hiasan – Huawei Mate XT Ultimate Design

Menariknya, pelancaran peranti ini dijangka berlangsung berdekatan dengan acara tahunan Apple yang dikhabarkan bakal memperkenalkan siri iPhone 18 serta berkemungkinan telefon boleh lipat pertama mereka. Perkembangan ini secara langsung menambah persaingan antara dua syarikat teknologi besar dengan Huawei memilih untuk hadir dengan peranti baharu mereka berdekatan dengan pengumuman Apple.

Sumber – Weibo HUAWEI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved