Huawei MateBook D 16 (2024) Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2,899

TechnologyDigital
9 Jan 2024 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Komputer riba Huawei MateBook D16 (2024) secara rasminya memasuki pasaran Malaysia pada hari ini. Ia dibangunkan khusus bagi kegunaan kerja dalam kalangan golongan professional dengan pelbagai fungsi disediakan melaluinya.

image is not available

image is not available

Ia dijual pada harga permulaan RM2,899 (i5-12450H), RM3,199 (i5-12450H), RM3,699 ( i5-13420H) dan RM5,299 (i9-13900H) menerusi pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia. Hadiah bernilai RM2144 juga disediakan untuk pratempah yang dibuat sehingga 18 Januari 2024 untuk MateBook D 16 Intel Core i5, dan sehingga 2 Februari 2024 pula untuk MateBook D 16 Intel Core i9.

image is not available

Untuk spesifikasi komputer riba ini mempunyai paparan IPS LCD FHD (1920 × 1200 piksel) sebesar 16″ bernisbah aspek 16:10. Sebagai tambahan ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan 90%, kecerahan puncak 300 nits dan gamut warna sRGB 100%.

image is not available

image is not available

Pilihan CPU pula sehingga Intel-Core i9 yang digabungkan dengan GPU Intel Iris Xe, memori 16GB RAM dan storan 512GB. Pada masa sama menyokong sejumlah fungsi yang mengintegrasikan AI terbina seperti AI Camera, AI Sound Effects dan Smart Voice.

image is not available

Terdapat juga kamera 720P HD tanpa penutup fizikal, dua pembesar suara, dua mikrofon dan bateri 70Wh yang boleh dicas melalui pengecasan 65W. Pilihan I/O disediakan pula termasuk USB-C 3.2 Gen 1, DisplayPort 1.2, USB-A 3.2 Gen 1, USB-A 2.0, HDMI serta bicu audio 3.5mm.