Huawei MateBook Fold 2026 Dilancarkan Dengan Cip Lebih Berkuasa

TechnologyDigital
6 Aug 2026 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei MateBook Fold 2026 dilancarkan di China dengan ia adalah kemas kini untuk Huawei MateBook Fold ULTIMATE DESIGN yang dilancarkan tahun lalu. Ia sebuah komputer riba dengan skrin boleh lipat 13″ OLED yang boleh berubah menjadi skrin 18″ OLED apabila dibuka serta kadar segar semula 144Hz.

Image from: Huawei MateBook Fold 2026 Dilancarkan Dengan Cip Lebih Berkuasa

Ia dipadankan dengan cip Kirin X90 Plus memori sehingga 32GB RAM, storan 2TB dan bateri sebesar 74.69 Wh. Peranti mempunyai ketebalan 7.6mm dalam keadaan terbuka dan 14.9 mm dalam keadaan dilihat. Keseluruhan komputer riba hanya setebal 1.16 kilogram. Melengkapi spesifikasi, ia turut hadir dengan kamera sebesar 8MP.

Image from: Huawei MateBook Fold 2026 Dilancarkan Dengan Cip Lebih Berkuasa

Sistem operasi HarmonyOS 6.1 digunakan dengan ia membolehkan MateBook Fold 2026 digunakan sebagai tablet, komputer riba dan komputer desktop apabila diperlukan. Sebuah papan kekunci fizikal diberikan sekiranya papan kekunci maya tidak ingin digunakan. Sebuah kerangka mempunyai tongkat terbina membolehkan MateBook Fold 2026 didirikan di atas meja.

Image from: Huawei MateBook Fold 2026 Dilancarkan Dengan Cip Lebih Berkuasa

Huawei MateBook Fold 2026  dijual pada harga bermula pada RMB 24,999 (~ RM 16,500) sebuah dalam warna Phantom Black, Radiant Gold, dan Sky White dengan kemasan panel belakang kulit vegan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved