Poco M8 Power Dilancarkan Dengan Bateri 8000 mAh

TechnologyDigital
5 Aug 2026 • 11:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco M8 Power Dilancarkan Dengan Bateri 8000 mAh

Poco M8 Power dilancarkan di India dengan ia hadir dengan skrin 6.9″ AMOLED 120Hz, dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 4, memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, storan 128GB UFS 2..2 dan bateri 8000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W secara berwayar. Menarik di sini ialah M8 Power menyokong penambahan storan menggunakan kad Micro SD.

Image from: Poco M8 Power Dilancarkan Dengan Bateri 8000 mAh

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lensa 50MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Peranti melepas piawaian IP65, dilengkapi speaker stereo, pemancar IR dan pengimbas cap jari di bawah skrin. Sistem operasi pula ialah HyperOS 3 berasaskan Android 16. Poco memberikan sokongan kemas kini 4 versi Android dan tampalan sekuriti selama 6 tahun.

Image from: Poco M8 Power Dilancarkan Dengan Bateri 8000 mAh

Di atas kertas Poco M8 Power memberikan banyak penambahbaikan berbanding Poco M7 yang hanya dilengkapi bateri 7000 mAh dan kemas kini 2+4 tahun.

Poco M8 Power dijual pada harga seperti di bawah. Tidak diketahui sama ada ia akan ke pasaran global. Tahun lalu Poco M7 dilancarkan di Malaysia pada harga bermula RM499 sebuah.

  • 6GB/128GB – INR 24,999 (~RM 1078)
  • 8GB/128G – INR 27,999 (~RM 1207)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved