Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999

LocalTechnology
18 Aug 2026 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Selepas tempoh pratempahan, tablet baharu Huawei MatePad Air (2026) kini rasmi di Malaysia. Peranti ini hadir dengan rekaan moden serta perkakasan seimbang yang menjadikannya pilihan sesuai untuk pelbagai pengguna.

Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Huawei MatePad Air (2026) mempunyai berat sekitar 509g dengan ketebalan 5.3mm. Ini sekali gus menjadikan ia dilabel sebagai antara model yang ringan dalam kelasnya dan rekaan berasaskan aluminium untuk memberikan sentuhan premium. Pilihan warna seperti Sakura Pink, Airy Blue dan White pula menambahkan gaya pada reka bentuk tablet ini.

Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999
Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999
Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Untuk spesifikasi, MatePad Air (2026) dilengkapi skrin OLED PaperMatte Display 12″ dengan resolusi 2800 × 1840 dan ketumpatan 275 PPI. Tunjang utamanya dikuasai dengan memori 8GB RAM bersama storan dalaman 256GB namun butiran cip pemprosesnya tidak dinyatakan secara khusus. Tablet ini turut menggunakan bateri berkapasiti 10,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W bagi memastikan penggunaan lebih lama tanpa gangguan.

Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999
Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999
Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Pada bahagian perisian, MatePad Air (2026) hadir dengan versi WPS Office yang menyokong format Microsoft Office serta ciri AI untuk meningkatkan produktiviti. Tablet ini turut dilengkapi aplikasi GoPaint bagi tujuan lukisan digital dan Huawei Notes untuk mencatat nota. Melengkapkan fungsinya, ia mempunyai kamera utama 50MP (f/1.8), swafoto sebesar 12MP (f/2.4) dan enam pembesar suara terbina.

Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999
Image from: Huawei MatePad Air (2026) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3999

Huawei MatePad Air dijual di Malaysia pada harga RM3,999 sebuah. Setiap pembelian disertakan dengan hadiah bernilai sehingga RM4,503 yang terdiri daripada baucar bernilai RM500, Huawei Smart Magnetic Keyboard bernilai RM799, Huawei M-Pencil Pro bernilai RM599, Huawei Wireless Mouse bernilai RM149, aplikasi WPS Office dengan langganan WPS AI selama setahun bernilai RM609, aplikasi Huawei Notes (AI) bernilai RM499 serta perkhidmatan premium Huawei Premium Service bernilai RM1,348.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved