Kitacon kekal stabil dengan buku tempahan RM1.24 bilion imbangi kesan kenaikan harga bahan binaan

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 2:22 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kitacon kekal stabil dengan buku tempahan RM1.24 bilion imbangi kesan kenaikan harga bahan binaan Image from: Kitacon kekal stabil dengan buku tempahan RM1.24 bilion imbangi kesan kenaikan harga bahan binaan amree18/08/2026 - 14:22 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Ogos — Prospek Kumpulan Kitacon Berhad kekal stabil meskipun kini berdepan isu kenaikan harga bahan binaan yang memberi tekanan kuat kepada industri pembinaan itu sendiri.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan berkenaan disokong oleh buku tempahan yang kukuh bernilai RM1.24 bilion, bagi mengharungi cabaran operasi yang kini menjadi semakin kompleks.

 

Situasi semasa ujar kumpulan itu, berikutan ketidaktentuan geopolitik global yang mencetuskan turun naik harga komoditi serta lonjakan kos pengangkutan kesan daripada kenaikan harga diesel.

 

"Prestasi kewangan bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 menunjukkan hasil melonjak kira-kira 13.4% mencecah RM229.5 juta berbanding hanya RM202.4 juta pada tempoh sama tahun lalu," jelas Kitacon.

 

Keuntungan sebelum cukai bagi suku tersebut turut mencatatkan peningkatan sebanyak 11.3 peratus kepada RM18.5 juta selaras dengan aktiviti pembinaan yang lebih rancak bagi projek sedia ada.

 

Bagi prestasi tempoh separuh pertama tahun 2026 syarikat secara kumulatif berjaya menjana hasil sebanyak RM450.4 juta, susulan daripada kemajuan kerja pembinaan yang berterusan di tapak projek.

 

Kitacon_DagangNews2026

 

Keuntungan bersih selepas cukai bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini pula mencecah kira-kira RM28.7 juta yang menunjukkan keupayaan Kitacon mengekalkan momentum pertumbuhan secara positif.

 

"Segmen pembinaan kediaman kekal sebagai nadi utama perniagaan dengan hasil RM296.2 juta manakala segmen industri menunjukkan pertumbuhan membanggakan dengan sumbangan RM90.8 juta," tambahnya.

 

Lembaga Pengarah turut mengisytiharkan pembayaran dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham dengan jumlah agihan bernilai RM5 juta sebagai tanda penghargaan kepada para pemegang saham.

 

Kitacon terus aktif meraih peluang baharu dengan rekod kemenangan kontrak bernilai RM190.2 juta bagi tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini daripada pelbagai projek kediaman dan bukan kediaman.

 

Pengurusan akan terus mengamalkan strategi berhati-hati serta kawalan kos berdisiplin demi memastikan daya saing syarikat kekal utuh dalam mendepani persekitaran pasaran yang mencabar. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved