Huawei MatePad Pro 11 Kini Rasmi Dengan Skrin OLED 120Hz Dan Snapdragon 888

TechnologyDigital
27 Jul 2022 • 5:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada acara pelancaran hari ini Huawei turut mengumumkan mengenai tablet Huawei MatePad Pro 11. Melaluinya, terdapat dua variasi model yang ditawarkan dengan penggunaan cip pemprosesan dan pengecasan yang berbeza. Di mana model dengan Snapdragon 888 dilengkapi sistem pengecasan pantas 66W. Sementara itu, model yang menggunakan Snapdragon 870 pula menyokong pengecasan pantas 40W.

image is not available

Lain-lain spesifikasi adalah sama dengan penggunaan skrin sebesar 11-inci OLED WQXGA yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kepadatan piksel 274ppi. Tablet ini juga dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman mencapai 256GB, bateri 8,300mAh dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 3.0. Sistem dwi-kamera utama turut disertakan dengan tetapan 13-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar), sementara itu kamera hadapan pula 16-Megapixel.

image is not available

image is not available

Tablet ini turut menyokong aksesori tambahan seperti stylus terkini Huawei M Pencil generasi kedua dan papan kekunci Smart Magnetic Keyboard baharu. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi enam pembesar suara dengan sistem audio Huawei Sound dan empat mikrofon terbina untuk pengalaman penggunaan lebih baik.