Huawei MatePad Pro 12.6″ Versi WiFi Ditawarkan Di Malaysia Pada RM4299

TechnologyDigital
3 Nov 2022 • 6:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelancaran hari ini turut memperlihatkan Huawei menawarkan MatePad Pro 12.6″ versi WiFi untuk pengguna di Malaysia. Ia mengetengahkan beberapa ciri utama menarik seperti skrin 120Hz, sokongan M-Pencil generasi kedua dan sistem pembesar suara dengan teknologi Huawei Sound. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM4299 (8GB/256GB) dan ketersediaan adalah bermula bulan Disember akan datang.

image is not available

Tablet ini dilengkapi skrin 12.6-inci OLED WQXGA 120Hz, dijana cip Kirin 9000E, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 10,050mAh. Tumpuan utama lain pada tablet ini adalah penggunaan sistem operasi HarmonyOS 3.0 yang menawarkan sokongan multi- tetingkap untuk memudahkan proses multi-tugasan. Di samping, turut menyertakan ciri seperti widget, dan kebolehan untuk menggunakan sebagai skrin kedua kepada komputer riba. Ia juga hadir dengan kamera hadapan 8MP dan kamera belakang 13MP + 8MP + 3D Depth Sensing Camera.