Huawei Memindahkan Bahagian Kereta Pintar Mereka Ke Sebuah Syarikat Baharu

TechnologyDigitalCars
27 Nov 2023 • 9:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas dikenakan pelbagai sekatan teknologi oleh Amerika Syarikat, Huawei mula berjinak-jinak dengan pembangunan kereta elektrik pintar dengan kerjasama Changan Auto dan Seres. Beberapa model telahpun dihasilkan dengan jualan terhad di China sahaja. Tetapi hujung minggu lalu, Huawei telah memindahkan bahagian kereta pintar ke sebuah syarikat baharu yang ditubuhkan bersama Changan Auto.

image is not available
Huawei Aito M7

Syarikat baharu ini tidak akan menghasilkan kereta elektrik pintar sendiri tetapi akan membangunkan, menghasilkan dan menjual sistem serta perkakasan pintar untuk kegunaan industri automotif. Huawei dan Changan Auto menyasarkan syarikat baharu ini akan menjadi peneraju dalam teknologi automotif pintar di China.

China pada waktu ini ialah pasaran kedua terbesar untuk kenderaan elektrik (EV) selepas Amerika Syarikat. Beberapa syarikat tempatan seperti BYD kini memegang pasaran di China dan telahpun mengembangkan penawaran kenderaan mereka ke peringkat antarabangsa pada harga yang lebih mampu milik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved