Huawei Mengadakan Pelancaran Produk Baharu Pada 10 September

TechnologyDigital
2 Sep 2024 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei mengumumkan acara pelancaran produk baharu mereka pada 10 September ini. Besar kemungkinan peranti skrin tri-lipat dan siri Mate 70 akan diumumkan di acara ini. Imej acah untuk acara jelas menunjukkan huruf Z yang mirip mekanisme lipatan yang digunakan pada peranti skrin tri-lipat mereka.

image is not available

Dengan ini Huawei akan menjadi syarikat pertama yang melancarkan peranti skrin tri-lipat ke pasaran. Berdasarkan maklumat yang tertiris, peranti mempunyai skrin 6.8″ dalam kedudukan tertutup dan boleh membesar ke sekitar 10″ apabila ketiga-tiga skrin dibuka.

Oppo, dan Tecno juga telah memperlihatkan prototaip pertama mereka minggu lalu. Tarikh yang dipilih oleh Huawei ini adalah menarik kerana pada hari yang sama Apple mengadakan acara pelancaran iPhone baharu mereka.