Huawei bakal menganjurkan acara di Paris pada 19 September 2025 yang turut menjadi pelancaran untuk barisan produk terbaharu mereka.

Antara produk yang bakal diperkenalkan ialah siri jam tangan pintar baharu mereka yang dipercayai akan dikenali sebagai Watch GT6. Model ini dijangka menggantikan Watch GT5 dan GT5 Pro yang menerima sambutan luar biasa pada tahun lalu.
Rekaan jam tangan tersebut telah dipaparkan dalam imej promosi dengan gaya moden dan elegan selari dengan ciri-ciri premium yang menjadi identiti jenama tersebut. Dua jenis kemasan ditawarkan dengan salah satunya menampilkan tombol berputar di bahagian sisi yang dihiasi jalur merah.

Acara ini bukan sekadar memperkenalkan siri jam tangan terbaharu malah turut dijangka menjadi pelancaran untuk tablet baharu Huawei. Antara model yang disebut termasuk MatePad Air 12 yang sebelum ini telah dilancarkan di China.
Untuk maklumat lanjut dan pengesahan rasmi, nantikan kemas kini seterusnya daripada pihak Huawei sendiri.



