Realme Mengacah Pengumuman Peranti Baharu Dengan Bateri Besar Pada 27 Ogos 2025

TechnologyDigital
21 Aug 2025 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme dilihat menarik perhatian dengan kemas kini terbaharu yang memberi petunjuk kepada inovasi baharu dalam teknologi bateri. Walaupun jenis produk belum didedahkan secara langsung tetapi poster rasmi yang dikongsi menunjukkan tumpuan kepada teknologi bateri berkapasiti besar.

image is not available

Slogan “Battery Tech Pioneer” yang digunakan oleh Realme menguatkan spekulasi bahawa syarikat itu mungkin akan memperkenalkan peningkatan baharu dalam teknologi bateri. Walaupun kapasiti sebenar bateri masih belum didedahkan berikutan pencapaian Realme sebelum ini dalam pengecasan pantas dan bateri besar, kita boleh menjangkakan pengumuman kali ini akan membawa sesuatu yang menarik.

image is not available

Realme sebelum ini telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas 240W pada tahun 2023, diikuti dengan peningkatan kepada 320W yang mampu mengecas penuh bateri dalam masa sekitar empat minit dan 30 saat. Selain itu, Realme pernah mempamerkan telefon konsep dengan bateri 10,000mAh yang menggunakan teknologi anod silikon, yakni satu kapasiti yang jauh melebihi standard biasa dalam industri telefon pintar.

image is not available

Pengumuman rasmi dijadualkan berlangsung pada 27 Ogos 2025, dan sama-sama nantikan apakah inovasi sebenar yang akan dibawa oleh Realme. Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada produk yang diperkenalkan nanti merupakan peranti konsep atau model yang sedia untuk dipasarkan.