Huawei Nova 11 Dan Nova 11i Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
16 May 2023 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat dua peranti baharu Huawei telah ditemui tersenarai menerusi pangkalan data SIRIM Malaysia. Ianya terdiri dengan Huawei Nova 11 yang muncul dengan kod nama FOA-LX yang telah disenaraikan pada 8 Mei 2023. Sementara itu peranti dengan kod nama MAO-LX9 yang merupakan Huawei Nova 11i pula pada 9 Mei yang lalu.

image is not available

Sudah menjadi kelaziman bagi mana-mana peranti yang memasuki pangkalan data SIRIM memberi bayangan pelancarannya di Malaysia boleh diadakan dalam masa terdekat. Dalam masa sama tiada jangkaan masa tetap memandangkan pelancaran siri Nova di Malaysia berbeza mengikut tahun, kecuali Nova 9 dan 10 yang diumumkan pada bulan November untuk dua tahun berturut-turut.

image is not available

Begitu juga dengan perkakasan dalaman yang masih tidak dapat dipastikan, sama ada sama seperti variasi yang diumumkan sebelum ini atau sebaliknya. Dirasakan lebih baik sekiranya kita menunggu sahaja kemaskini lebih lanjut daripada pihak Huawei Malaysia sendiri.