Huawei Nova 16s Pro Bakal Memasuki Pasaran Global Minggu Hadapan

TechnologyDigital
28 Aug 2026 • 11:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Nova 16s Pro Bakal Memasuki Pasaran Global Minggu Hadapan

Huawei telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaharu mereka, Nova 16s Pro akan dilancarkan secara global pada 2 September 2026 di Munich, Jerman. Model ini merupakan versi global bagi Nova 16 Pro yang sebelum ini diperkenalkan di pasaran China dengan tambahan huruf “s” pada namanya. Strategi penjenamaan ini sama seperti yang digunakan Huawei pada model Pura 90s Pro Max sebelum ini.

Image from: Huawei Nova 16s Pro Bakal Memasuki Pasaran Global Minggu Hadapan

Varian global Nova 16s Pro dilihat mengekalkan pilihan warna merah jambu dengan sentuhan biru seperti versi asal di China. Namun begitu, spesifikasi dalaman untuk peranti pasaran global ini masih belum dapat dipastikan sama ada akan mengekalkan ciri yang sama seperti versi China atau sebaliknya. Selain itu, Huawei turut akan memperkenalkan Huawei Watch 6 pada acara yang sama. Reka bentuk jam pintar ini dikatakan mirip dengan generasi sebelumnya namun dijangka hadir dengan beberapa penambahbaikan dari segi fungsi.

Image from: Huawei Nova 16s Pro Bakal Memasuki Pasaran Global Minggu Hadapan

Imbas kembali, siri nova 16 telah dilancarkan di pasaran China pada Jun lalu dengan skrin LTPO OLED 6.84 inci beresolusi FHD+ serta kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Kirin 9010S, bateri berkapasiti 7,000 mAh, dan dilengkapi kamera utama 200MP.

Sumber – Huawei Mobile

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved