YouTube China: BiliBili bakal boleh muat turun di Apple App Store menjelang September

WorldTechnology
27 Aug 2026 • 12:14 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

YouTube China: BiliBili bakal boleh muat turun di Apple App Store menjelang September

Bilibili, platform video gergasi dari China yang kerap digelar “YouTube China”, kini secara rasminya melangkah ke pentas global. Platform yang sinonim dengan komuniti peminat anime, permainan video, dan budaya pop Gen Z ini melancarkan aplikasi versi antarabangsa bagi memperluas penggunaan platformnya di luar pasaran domestik mereka.

Menjengah ke sosial media milik portal berita antarabangsa RMK di laman X, memaklumkan selepas Google Play Store kini giliran Apple App Store pula menyusul. Dimana menerusi hantaran yang dikongsikan RMK itu, menyatakan bahawa pengguna antarabangsa bakal boleh memuat turun aplikasi penstriman video YouTube versi China ini menjelang bulan September nanti.

Menerusi hantaran tersebut juga, platform BiliBili bakal mengambil pengurus komuniti dari Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Asia untuk hab komuniti antarabangsa.

Apa itu BiliBili

Mungkin ada yang pernah dengar tentang platform BiliBili dari Tanah Besar China ini, ia merupakan platform penstriman video yang memfokuskan kepada kandungan video ciptaan pengguna. Platform ini sering disamakan seperti YouTube, cuma ia adalah platform penstriman dari China yang tampil dengan pelbagai ciri unik yang lebih menarik.

Melihat di Google Play Store, lebih dari 10 juta pengguna telah memuat turun aplikasi BiliBili semenjak ia di dilancarkan secara global. Bagi pengguna baru yang ingin mencuba platform ini, pengguna boleh memuat turun aplikasi antarabangsa yang menampilkan ikon berwarna merah jambu dengan simbol glob di bahagian atas sebelah kiri di Google Play Store.

Image from: YouTube China: BiliBili bakal boleh muat turun di Apple App Store menjelang September
Untitled design – 2

Prestasi kemas kini lebih baik

Jika dahulu agak sukar bagi pengguna antarabangsa untuk mengakses platform penstriman ini kerana pengguna perlu menggunakan passport atau nombor telefon China untuk mengakses penuh ciri platform BiliBili.

Tetapi dengan kemas kini baharu menerusi aplikasi di Google Play Store, kami mendapati syarat tersebut telah dihapuskan dan pendaftaran lebih fleksibel serta boleh diakses melalui pilihan akaun emel, google ataupun nombor telefon dari mana-mana negara.

Image from: YouTube China: BiliBili bakal boleh muat turun di Apple App Store menjelang September

Bagi yang ingin menggunakan platform ini, berikut cara yang boleh diikuti untuk pengguna telefon pintar android:

  • Pergi ke Google Play Store
  • Taip BiliBili di bahagian
  • Cari ikon berwarna merah jambu dengan simbol glob di bahagian atas sebelah kiri
  • Muat turun aplikasi dan setelah selesai, tekan aplikasi tersebut dan pilih untuk ‘log in / sign up’
  • Pilih cara daftar akaun mengikut kesesuaian masing-masing sama ada nak guna emel, akaun google atau nombor telefon
  • Pendaftaran berjaya dan anda boleh strim video kegemaran di BiliBili

Ciri dan fungsi penstriman video yang unik

Setelah mendaftar aplikasi BiliBili ini, pengguna dapat melihat banyak kandungan video global dengan kemas kini bahasa yang baik serta pengalaman tontonan video yang cukup menarik dan lain dari yang lain. Antara ciri penstriman yang unik adalah:

Image from: YouTube China: BiliBili bakal boleh muat turun di Apple App Store menjelang September
  • Paparan komen terbang (Danmu) – sambil menonton video, pengguna juga akan melihat teks ulasan real-time daripada penonton lain yang melayang di paparan video. Ciri ikonik ini memberikan pengalaman menonton lebih interaktif.
  • Pencipta kandungan video (UP Host) – pengguna yang memuat naik video di platform video dikenali sebagai UP Host. Dimana peranannya seumpama YouTuber.
  • Kandungan global – platform ini juga menghasilkan kandungan video merangkumi ulasan teknologi, vlongging, sains, pendidikan, gaya hidup dan muzik bagi menghubungkan penonton dengan pelbagai jenis kandungan antarabangsa.
  • Hab budaya pop dan anime – platform gergasi ini juga memegang pelbagai hak penstriman siri anime popular rasmi dunia dan juga animasi tempatan China yang dikenali sebagai Donghua. Disamping menjadi hab komuniti permainan video dan pertandingan e-sukan.

Nampaknya BiliBili akan bersaing dengan platform penstriman video sosial media terkenal dunia seperti YouTube dan TikTok serta platform penstriman anime popular seperti Crunchyroll dalam pentas kandungan video digital maya.

Ada yang dah guna platform BiliBili? Kongsikan pengalaman anda diruangan komen kami!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved