Huawei Nova Y70 Dengan Bateri 6000mAh Berharga RM699 Di Malaysia

TechnologyDigital
17 Jun 2022 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei kini membawa masuk satu lagi telefon pintar berspesifikasi rendah-pertengahan untuk pasaran Malaysia, dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova Y70.

Huawei Nova Y70 hadir dengan skrin 6.75-inci, cip lapan teras, memori 4GB RAM, dan storan 128GB.

image is not available

Menjadi fokus pada telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti tinggi, iaitu 6000mAh, dengan sokongan pengecasan 22.5W. Untuk rakaman gambar, Huawei Nova Y70 menyertakan tri-kamera belakang gabungan 48MP + 5MP + 2MP.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Huawei Nova Y70 ini pada harga RM699 di Malaysia.

image is not available