Huawei Nova Y90 Dilancarkan Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP

TechnologyDigital
24 Jun 2022 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei kini hadir dengan penawaran baharu untuk siri Nova dengan memperkenalkan Huawei Nova Y90. Ia menggunakan cip Snapdragon 680, di samping turut dimuatkan dengan beberapa ciri menarik lain seperti skrin dan bateri yang besar.

image is not available

Untuk lebih khusus, Huawei Nova Y90 dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci LCD dengan resolusi FHD+. Cip Snapdragon 680 yang disertakan pula dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 8MP.

image is not available

Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, bicu audio 3.5m, NFC dan sebagainya. Tiada maklumat lanjut berkaitan harga jualan peranti yang diketahui setakat artikel ini ditulis.