Huawei Pura 80, 80 Pro dan 80 Pro+ Dilancarkan Dengan Sensor Kamera 1″

TechnologyDigital
11 Jun 2025 • 8:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Pura 80, 80 Pro dan 80 Pro+ telah dilancarkan di China sekali lagi memberikan tumpuan kepada kemampuan kamera yang tinggi dan pelbagai ciri premium. Secara keseluruhan empat model Pura 80 dilancarkan tetapi kami mengasingkan Pura 80 Ultra dengan tiga model ini kerana ia adalah model yang paling unik.

image is not available

Huawei Pura 80 ialah model paling mampu milik dilengkapi skrin 6.6″ OLED LTPO 120Hz dengan kaca tahan lasak Kunlun, dilengkapi memori 12GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 5600 mAh yang menyokong pengecasan 66W berwayar serta 50W secara nirwayar.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada sudut lebar 50MP dengan apertur boleh ubah f/1.4-f/4.0 dengan OIS, lensa ultra lebar 13MP, lensa telefoto 12MP periskop dengan OIS dan lensa spektra 1.5MP. Di hadapan pula disertakan sensor 13MP untuk kamera swafoto.

image is not available

Huawei Pura 80 Pro pula dilengkapi skrin 6.8″ OLED LTPO 120Hz dengan kaca tahan lasak Kunlun, dilengkapi memori 12GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 5700 mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar serta 80W secara nirwayar.

Kamera utama terdiri daripada sudut lebar 50MP 1″ dengan apertur boleh ubah f/1.6-f/4.0 dengan OIS, lensa ultra lebar 40MP, lensa telefoto 48MP periskop dengan OIS dan lensa spektra 1.5MP. Di hadapan pula disertakan sensor 13MP untuk kamera swafoto.

image is not available

Akhir sekali Huawei Pura 80 Pro+ pula dilengkapi skrin 6.8″ OLED LTPO 120Hz dengan kaca tahan lasak Kunlun, dilengkapi memori 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 5700 mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar serta 80W secara nirwayar.

Kamera utama terdiri daripada sudut lebar 50MP 1″ dengan apertur boleh ubah f/1.6-f/4.0 dengan OIS, lensa ultra lebar 40MP, lensa telefoto 48MP periskop dengan OIS dan lensa spektra 1.5MP. Di hadapan pula disertakan sensor 13MP untuk kamera swafoto.

image is not available

Perbezaan antara Pura 80 Pro dan Pura 80 Pro+ ialah sokongan komunikasi satelit Beidou. Pada Pura 80 dan Pura 80 Pro mesej kecemasan boleh dihantar bersama dengan gambar. Pada Pura 80 Pro+ dua sistem komunikasi satelit Beidou dan Tiantong disokong membolehkan sistem ini digunakan tanpa peranti dihala ke satelit sepanjang masa.

image is not available

Tiada maklumat mengenai cip pemprosesan yang digunakan cuma ia 36% lebih berkuasa berbanding yang digunakan pada siri Pura 70. Ketiga-tiganya menggunakan HarmonyOS 5.1 dengan pelbagai ciri menarik seperti AI membantu menangkap gambar, pembantu maya dan kemampuan memahami apa yang sedang dilihat menerusi kamera. Tubuh peranti melepasi piawai IP69 dan dilengkapi sistem speaker stereo.

Harga jualan adalah seperti di bawah. Tiada harga untuk Pura 80 kerana jualan masih belum dibuka.

  • Huawei Pura 80 Pro (12/256GB) – RM 6499 (~RM 3832)
  • Huawei Pura 80 Pro (12/512GB) – RMB 6999 (~RM 4127)
  • Huawei Pura 80 Pro (12/1000GB) – RMB 7999 (~RM 4716)

  • Huawei Pura 80 Pro+ (16/512GB) – RMB 7999 (~RM 4716)
  • Huawei Pura 80 Pro+ (16/1000GB) – RMB 8999 (~RM 5306)