HUAWEI Pura 80 & FreeBuds SE 4 ANC Kini Di Malaysia, Nikmati Tawaran Eksklusif 9.9 Super Brand Day

LocalTechnology
9 Sep 2025 • 11:46 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

HUAWEI hari ini mengumumkan pelancaran dua produk terbaharu yang dinanti-nantikan di Malaysia: HUAWEI Pura 80 dan HUAWEI FreeBuds SE 4 ANC. Kedua-duanya direka untuk gaya hidup moden, menggabungkan teknologi pintar dengan rekaan elegan bagi memudahkan cara rakyat Malaysia merakam, berhubung dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih bijak.

Sempena pelancaran ini, pengguna turut berpeluang menikmati pelbagai ganjaran dan promosi menarik melalui kempen HUAWEI 9.9 Super Brand Day.

Rekaan Ikonik & Ciri Pintar Terkini

HUAWEI Pura 80 tampil sebagai evolusi baharu siri ikonik Pura, menggabungkan keupayaan AI, fotografi Ultra Chroma dan rekaan berani dalam sebuah peranti flagship. Ia hadir dengan paparan flat-edge, kemasan frosted matte glass serta cincin kamera Forward Symbol yang mencerminkan identiti “tech-fashion” baharu HUAWEI.

Dilengkapi Kunlun Glass 2.0 yang 20 kali lebih tahan lasak berbanding kaca biasa, Pura 80 ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Frosted Gold, Frosted White dan Frosted Black.

Antara ciri pintar yang menonjol termasuk:

  • AI Removal untuk memadam objek tidak diingini dalam foto

  • AI Best Expression yang pastikan semua senyuman terbaik dirakam dalam gambar berkumpulan

  • AI Gesture Control membolehkan skrol atau tangkapan skrin tanpa sentuhan, sesuai ketika memasak, atau bersenam

Kuasa Fotografi & Prestasi Mantap

Kamera siri Pura kekal sebagai tarikan utama. Sistem Ultra Chroma XMAGE dengan 1.5 juta saluran spektrum dan teknologi XD Fusion Pro menghasilkan warna yang lebih hidup dan tepat.

Pura 80 menampilkan kamera utama 50 MP Ultra Lighting dengan apertur boleh laras F1.4–F4.0 dan OIS, disokong lensa ultra lebar 13 MP serta lensa telefoto periskop 12 MP dengan zum optikal 5.5x dan digital sehingga 50x. Untuk swafoto, kamera hadapan ultra lebar 13 MP memastikan hasil lebih jelas dan seimbang.

Bukan itu sahaja, ia dilengkapi bateri 5170 mAh bersama pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar, skrin LTPO OLED HDR dengan kadar segar semula adaptif 1–120 Hz, memberikan pengalaman imersif untuk kerja, permainan atau hiburan.

HUAWEI FreeBuds SE 4 ANC

Turut diperkenalkan ialah HUAWEI FreeBuds SE 4 ANC, fon telinga wayarles dengan Active Noise Cancellation (ANC) dan teknologi tiga mikrofon untuk panggilan lebih jelas.

Bersempena pelancaran ini, HUAWEI turut mengadakan kempen 9.9 Super Brand Day yang boleh didapati melalui:

  • HUAWEI Official Website

  • HUAWEI Official Store di Shopee

  • HUAWEI Flagship Store di Lazada

  • HUAWEI Official TikTok Shop

Bermula hari ini jam 8 malam hingga 13 September 2025, pengguna boleh menikmati diskaun eksklusif sehingga 60% untuk pelbagai peranti HUAWEI termasuk Siri Pura 80 dan FreeBuds SE 4 ANC.

image is not available image is not available image is not available