Huawei Pura 90S Pro dan 90s Pro Max Di Malaysia Menyokong Rangkaian 5G dan Android 16

TechnologyDigital
15 Jul 2026 • 3:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Pura 90S Pro dan 90s Pro Max Di Malaysia Menyokong Rangkaian 5G dan Android 16

Semalam Huawei Pura 90S Pro dan Huawei Pura 90S Pro Max dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan peringkat global. Sepanjang acara semalam, Huawei sekadar menyentuh kemampuan kamera tahap mercu siri Pura 90s dan juga prestasi selular yang sehingga 81% lebih pantas berbanding peranti Pura sebelum ini.

Image from: Huawei Pura 90S Pro dan 90s Pro Max Di Malaysia Menyokong Rangkaian 5G dan Android 16

Saya tidak dapat mencuba kemampuan selular peranti ini semalam dan hanya menyedari kedua-dua peranti menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Ini kali pertama sejak siri Huawei P40 yang boleh menggunakan rangkaian 5G secara rasmi di Malaysia. Kami mendapati ia boleh menggunakan rangkaian 5G U Mobile dan CelcomDigi tanpa sebarang isu. Sistem panggilan suara VONR juga diaktifkan secara lalai.

Kekangan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat menyebabkan Huawei selama beberapa tahun hanya boleh menggunakan rangkaian 4G. Di China, sokongan 5G hanya kembali pada tahun 2023 menerusi Huawei Mate 60. Di luar China, peranti dieksport kekal menyokong 4G sahaja.

Selain 5G, kedua-dua telefon ini juga menggunakan sistem operasi EMUI 16 yang berasaskan Android 16. Huawei sebelum ini membangunkan HarmonyOS tetapi apabila peranti dijual di luar China, sukar mendapatkan aplikasi yang serasi kerana ia sistem operasi berbeza.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved