Minggu lalu Huawei Pura 90s Pro dan Huawei Pura 90s Pro Max akhirnya dilancarkan ke peringkat global dengan acara berlangsung di Kuala Lumpur. Tetapi semalam, kedua-dua telefon pintar mercu serta fon telinga Huawei FreeClip 2 S secara rasmi dilancarkan di Malaysia.

Huawei Pura 90s Pro hadir dengan paparan skrin 6.6″ OLED LTOP 120Hz, menggunakan cip Kirin 9030S, memori 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 6000 mAh. Bateri menyokong pengecasan berwayar 66W dan nirwayar pula pada tetapan 50W menggunakan pengecas Huawei.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, lensa ultra lebar 12.5MP dan lensa telefoto 50MP. Sementara itu di hadapan pula kamera swafoto sebesar 13MP. Tubuh peranti melepasi piawaian IP69. Sistem operasi yang digunakan pula ialah EMUI 16 di Malaysia menggantikan HarmonyOS untuk pasaran China. Ia ditawarkan dalam warna Guava Soda, Orange Soda, Mulberry Black, dan Coconut White.

Huawei Pura 90s Pro Max pula. hadir dengan paparan skrin 6.9″ OLED LTOP 120Hz, menggunakan cip Kirin 9030S, memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri sebesar 6000 mAh. Bateri menyokong pengecasan berwayar 100W dan nirwayar pula pada tetapan 80W menggunakan pengecas Huawei.
Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, lensa ultra lebar 40MP dan lensa telefoto 200MP. Sementara itu di hadapan pula kamera swafoto sebesar 13MP. Tubuh peranti melepasi piawaian IP69. Sistem operasi yang digunakan juga ialah EMUI 16 di Malaysia menggantikan HarmonyOS untuk pasaran China. Ia ditawarkan dalam warna Orange Ocean, Blaze Purple, Blush Gold, dan Graphite Black.

Sementara itu pula Huawei FreeClip 2 S adalah fon telinga dengan rekaan seakan anting-anting. Ia boleh berfungsi sehingga 9 jam atau sehingga 38 jam dengan bantuan pod pengecas. Fon telinga ini turut melepasi piawaian kalis debu da air IP57 yang menjadikannya sesuai digunakan semasa bersenam. Ia direka untuk serasi digunakan dengan peranti Huawei, Android dan iOS. Ini dilakukan menerusi aplikasi Huawei Audio Connect.
Harga jualan siri Pura 90s Pro dan FreeClip 2 S adalah seperti di bawah
- Huawei Pura 90s Pro – RM3699 (12/256GB)
- Huawei Pura 90s Pro – RM3999 (12/512GB)
- Huawei Pura 90s Pro Max – RM4899 (12/512GB)
- Huawei FreeClip 2 S- RM899

Sempena pelancaran telefon ini, Huawei Malaysia menganjurkan kempen fotografi PuraTrip sehingga 16 Ogos 2026. Pengguna dijemput berkongsi gambar menujukkan keindahan Malaysia di Instagram menggunakan tagar #PuraTripMY, #HUAWEIXMAGEMY2026, dab #HUAWEIXMAGE untuk peluang memenangi peranti Pura 90s Pro.



