Huawei tease sampel gambar kamera telefoto P60?

TechnologyDigital
5 Mar 2023 • 9:28 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Di MWC 2023, Huawei tidaklah melancarkan apa-apa produk dalam kelas pengguna sebaliknya banyak kepada solusi perusahaan. Namun, ia tidak bermakna mereka tidak boleh ber-teaser tentang apa yang bakal datang kerana mereka mungkin telah mengutuskan info tentang Huawei P60.

image is not available

Dilaporkan yang Ketua Pegawai Operasi Huawei, He Gang, telah mengutuskan beberapa keping gambar yang diambil di Barcelona menggunakan telefon dengan keupayaan zum luar biasa daripada segi ketajaman.

Sekuel kepada Huawei P50 tidak lagi diumumkan bila akan dilancarkan ditambah pula dengan maklumat yang masih tandus. Kita cuma ada beberapa spekulasi tentang rekaan dan spesifikasi telefon ini.

image is not available

Misalnya, SoC yang akan memacu telefon ini adalah Snapdragon 8+ Gen, cip yang sama memperkasakan Mate 50 mereka tahun sudah. Agak munasabah Huawei melangkau satu generasi berbanding P50 dulu kerana model tersebut menggunakan Snapdragon 888.

Sumber: Huawei Central, 2