OnePlus 11 Concept bakal tapau Nothing Phone (1) di MWC 2023?

Digital
21 Feb 2023 • 9:08 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

OnePlus di laman web dan saluran media rasmi mereka telah mengutuskan beberapa teaser bersempena dengan MWC Barcelona 2023 yang akan berlangsung tak lama lagi. Mereka menguar-uarkan tentang OnePlus 11 Concept yang tentu sekali akan dikongsi lebih lanjut di temasya tersebut.

image is not available

Berdasarkan info cuit yang dimuat naik, kelihatan OnePlus 11 Concept memiliki kemasan belakang lampu seakan lampu glif pada Nothing Phone (1), tapi nampak lebih banyak. Di Nothing Phone (1), lampu glif terhad kepada lingkaran pengecas wayarles dan di sekeliing kamera beserta dua calitan LED. Tapi di OnePlus 11 Concept, lampunya kelihatan lebih sarat.

image is not available

Andainya telefon ini dibangunkan berasaskan OnePlus 11, anda boleh jangkakan spesifikasi dalamannya seperti:

  • SoC Snapdragon 8 Gen 2
  • RAM 16GB + Storan 256GB
  • Kombinasi kamera belakang 50MP, 32MP, 48MP
  • Kamera selfie 16MP
  • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan 100W SuperVOOC

Mungkin OnePlus ada bajet tambahan selepas kerjasama jenama itu dengan McLaren yang dimetarai dalam tahun 2018 tamat pada 2020. Sepanjang kerjasama itu, sempatlah mereka melancarkan beberapa produk edisi istimewa seperti OnePlus 6T McLaren Edition dan sebuah telefon konsep.

image is not available
OnePlus x McLaren Concept

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti pengumuman OnePlus 11 Concept, ia akan berlangsung pada 27 Februari 2023, jam 4 petang waktu Malaysia. Persoalan yang perlu dijawab adalah, adakah telefon konsep ini akan tembusi pasaran? Sewaktu telefon konsep bersama McLaren dulu, ia tidak sempat menjadi realiti.

Bacaan berkaitan