Huawei Tiada Perancangan Memasarkan Mate 60 Pro Di Luar China

TechnologyDigital
31 Aug 2023 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei pada minggu ini telah memperkenalkan beberapa produk baharu mereka, dan paling mencuri perhatian adalah Huawei Mate 60 Pro.

Telefon pintar mercu terbaru ini hadir dengan sejumlah perkara menarik, termasuk sokongan panggilan melalui satelit, menggunakan cip pemprosesan tersendiri, serta kamera dengan sokongan teknologi XMAGE.

image is not available

Walaupun menarik, namun Huawei dilihat kurang memasarkan ia secara besar-besaran di China, dan dijual secara terhad untuk peringkat permulaan ini.

Pada masa yang sama, pihak Huawei dipetik mengatakan tiada perancangan untuk memperkenalkan Huawei Mate 60 Pro ini diluar China buat masa ini. Tiada sebab yang diberikan, tetapi mungkin kerana penawaran cip pemprosesan yang terhad, serta beberapa perkara lain yang melibatkan geopolitik.