Huawei Watch GT Cyber Dengan Mekanisme Jam Boleh Ditanggalkan Memasuki Pasaran Global

TechnologyDigital
10 Feb 2023 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei mempunyai beberapa peranti boleh-pakai dengan elemen yang menarik. Salah satu daripadanya ialah Huawei Watch GT Cyber yang hadir dengan ciri untuk mekanisme jam boleh ditanggalkan. Selepas dilancarkan di China, kini peranti boleh pakai ini mula memasuki pasaran global pula bermula dengan Mexico.

image is not available

Jam tangan pintar ini telah ditemui tersenarai menerusi laman web rasmi Huawei Mexico berserta harga jualannya. Ia dijual bermula MEX$3,999 (~RM1,311) seutas dengan pilihan warna hitam dan kelabu. Selain daripada itu terdapat juga kerangka jam tangan ini yang dijual secara berasingan dengan harga bermula MEX$699 (~RM161) seutas.

image is not available

Tiada perubahan pada spesifikasi, di mana skrin AMOLED sebesar 1.32-inci (466 X 466 piksel) yang menyokong sentuhan digunakan. Ia boleh melakukan penjejakan nadi, sistem GPS, menjejak tidur, menjejak aktiviti sukan dan melakukan panggilan telefon apabila diperlukan.

Jam tangan pintar ini juga mempunyai sistem operasi HarmonyOS 2 yang telah dipasang terlebih dahulu dengan pelbagai muka jam tangan baharu. Tetapi turut boleh ditambat pada telefon pintar Android dan iOS. Bateri 292mAh digunakan boleh bertahan sehingga 7 hari.

image is not available

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia. Sekiranya terdapat kemaskini mengenainya kelak, kami akan berkongsi menerusi artikel yang akan datang.