Huawei Watch GT Cyber Hadir Dengan Ciri Untuk Mekanisme Jam Boleh Ditanggalkan

TechnologyDigital
2 Nov 2022 • 9:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selalunya jam tangan pintar hadir dengan ciri tali yang boleh ditanggalkan bagi mengikut gaya pakaian pemilik. Tetapi Huawei Watch GT Cyber yang dilancarkan sebentar tadi unik kerana ia hadir dengan mekanisme yang boleh ditanggalkan terus dari badan merangkap tali jam.

image is not available

Ini adalah rekaan yang mirip dengan Casio G-Shock GA-B001 yang juga mempunyai rekaan yang sama. Perbezaannya ialah Watch GT Cyber ialah sebuah jam tangan pintar dengan pilihan kerangka Sports, Fashion dan Urban Explorer. Kesemuanya tahan lasak sehingga boleh dibawa menyelam sehingga tekanan 5 ATM.

image is not available

Skrin 1.32 AMOLED menyokong sentuhan dengan ia dipadankan dengan bateri 292 mAh. Ia boleh melakukan penjejakan nadi, sistem GPS, menjejak tidur, menjejak aktiviti sukan dan melakukan panggilan telefon apabila diperlukan. Sistem operasi HarmonyOS digunakan tetapi peranti boleh ditambat pada telefon pintar HarmonyOS, Android dan iOS.

Harga jualan ialah RMB 1288 (~RM838) untuk versi Sports, RMB 1488 (~RM969) untuk versi Fashion dan Urban Explorer. Sementara itu tali/tubuh jam boleh dibeli berasingan pada harga RMB199 (~RM130) untuk Sports dan RMB399 (~RM260) untuk Fashion serta Urban Explorer.