Huawei Pocket S Dengan Skrin Boleh-Lipat Dan Snapdragon 778 Dilancarkan

TechnologyDigital
2 Nov 2022 • 9:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti dijanjikan, Huawei Pocket S telah dilancarkan secara rasmi di China sebentar tadi. Ia adalah sebuah peranti skrin boleh-lipat seakan P50 Pocket tetapi dengan spesifikasi yang lebih rendah. Pemproses yang digunakan ialah Snapdragon 778 yang dipadankan dengan skrin 6.94″ OLED 120Hz, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4000 mAh yang menyokong pengecasan 40W.

image is not available

Kamera utama di belakang ialah 40MP sudut lebar dan 13MP ultra sudut lebar sementara kamera swafoto pula sebesar 10MP. Perbezaan di sini ialah hanya dwi-kamera utama digunakan berbanding tiga pada P50 Pocket. Kamera boleh merakam video sehingga resolusi 4K 30. Seperti P50 Pocket, Pocket S juga mempunyai skrin sekunder di luar sebesar 1.04″ OLED berbentuk bulat.

image is not available

Peranti menggunakan sistem operasi HarmonyOS 13 dengan ciri yang sama seperti yang ditemukan pada Mate 50 Pro. Ia ditawarkan dalam enam pilihan warn ceria Obsidian Black, Frost Silver, Mint Green, Sakura Powder, Ice Crystal Blue dan Primrose Gold. Harga jualan pula ialah RMB 5988 (~RM3898) untuk versi 8/128GB dan RMB 6488 (~RM 4233) untuk versi 8/256 GB)