Huawei turut memperkenalkan jam tangan Watch GT Runner 2 di Malaysia sebentar tadi. Antara ciri-ciri utama yang diketengahkan ialah sistem GPS yang lebih canggih dengan antena baharu bagi penerimaan isyarat lebih baik yang juga digabungkan bersama komponen tambahan bagi meningkatkan ketepatan termasuk ketika berada di kawasan terlindung.

Watch GT Runner 2 hadir dengan skrin AMOLED berwarna bersaiz 1.32 inci dengan resolusi 466 × 466 piksel dan 352 PPI. Beratnya hanya sekitar 43.5gram dengan ketebalan 10.7mm yang menjadikannya ringan serta selesa dipakai sepanjang masa.
Rekaannya juga digabungkan dengan kemasan bulat bersegi bersama pilihan tali jenis AirDry Woven Strap dalam warna Dusk Blue, Dawn Orange dan Midnight Black. Selain itu, ia turut disediakan tali tambahan fluoroelastomer berwarna hitam untuk gaya lebih sporty.



Ia juga hadir dengan pelbagai metrik masa nyata seperti kelajuan larian, kadar denyutan jantung, irama langkah (cadence), ayunan menegak (vertical oscillation), masa sentuhan di tanah (ground contact time) serta kalori yang dibakar. Selain itu, ia dilengkapi dengan Smart Marathon Mode yang berfungsi sebagai jurulatih maya untuk memberikan panduan secara langsung ketika perlumbaan berlangsung.


Diikuti pula dengan sokongan Ultra‑Precision Positioning bagi penjejakan lokasi yang lebih tepat serta Comprehensive Health Management yang membolehkan pemantauan ECG, kepelbagaian kadar denyutan jantung dan pelbagai indikator lain yang sesuai dengan gaya hidup aktif.


Selain ciri kecergasan dan kesihatan, Watch GT Runner 2 turut menawarkan fungsi tambahan yang menjadikannya lebih praktikal untuk pelari. Antara yang disediakan ialah main balik muzik, notifikasi suara, paparan peta perjalanan serta analisis pemulihan selepas senaman. Ia juga boleh digunakan dengan kedua‑dua jenis peranti, sama ada Android mahupun iOS terkini.


Bagi yang berminat, jam tangan ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM1499 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1480 termasuk Huawei FreeArc (bernilai RM599)


