Hubungan Baik Dengan Kuasa Besar Tidak Gadai Prinsip Negara – PM

LocalPolitics
16 Jun 2026 • 7:06 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Hubungan Baik Dengan Kuasa Besar Tidak Gadai Prinsip Negara – PM

MUAR — Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia mengamalkan dasar berkawan dengan semua negara namun kekal tegas dalam mempertahankan kepentingan nasional termasuk berkaitan isu perdagangan, pelaburan dan penguatkuasaan undang-undang.

“Kita berkawan dengan semua namun tetap berpegang pada prinsip kita. Dia (Israel) buat tak betul terhadap Gaza, kita cakap tak betul,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) bertajuk “Keadilan Untuk Bangsa Johor” di sini malam ini.

Anwar berkata hubungan erat dengan China misalnya membawa manfaat kepada Malaysia dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pendidikan namun kerajaan tetap tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang negara.

“Kita baik dengan China sebab China baik dengan kita… kita boleh berdagang, boleh berniaga dan menghantar anak-anak belajar di sana… tetapi kalau ada pihak yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa permit, kita tetap ambil tindakan… kita berkawan tetapi kita jaga kepentingan negara,” katanya. – BERNAMA

The post Hubungan Baik Dengan Kuasa Besar Tidak Gadai Prinsip Negara – PM appeared first on The Malaysian Update.