Infineon Kini Diharamkan Menjual Komponen GaN Di Pasaran China Kerana Pelanggaran Paten

WorldTechnology
16 Jun 2026 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infineon ialah sebuah syarikat pengeluar teknologi cip semikonduktor dari negara Jerman yang mempunyai pengaruh yang cukup besar secara global, yang mana cip-cip kawalan bekalan kuasa mereka digunakan oleh syarikat-syarikat seperti NVIDIA untuk mengawal penggunaan kuasa perkakasan-perkakasan AI paling berkuasa. Malah, Infineon mempunyai beberapa kilang dan pejabat di Kulim, Kedah dan Batu Berendam di Melaka.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa mahkamah agung China telah membuat keputusan untuk mengekalkan injunksi terhadap Infineon, yang mana mereka diharamkan daripada menawarkan dan menjual komponen-komponen cip GaN (gallium nitride) mereka di negara tersebut. Keputusan ini telah diperlihatkan lebih awal pada 27 Mei 2026 oleh Suzhou Intermediate People’s Court yang mengatakan bahawa Infineon telah melanggar sekurang-kurangnya dua paten teknologi syarikat pembangun cip semikonduktor di China, iaitu Innoscience. Infineon juga telah diarahkan untuk membayar 10 juta yuan (~RM5 juta) kepada Innoscience sebagai ganti rugi terhadap syarikat tersebut.

Image from: Infineon Kini Diharamkan Menjual Komponen GaN Di Pasaran China Kerana Pelanggaran Paten

Menariknya, sebelum ini Innoscience telah didapati melanggar paten milik Infineon di Amerika Syarikat pada awal bulan Mei, dan di negara Jerman pada tahun 2025. Innoscience mengatakan bahawa pihak International Trade Commission, yang mengeluarkan kenyataan tentang pelanggaran hak paten tersebut telah mengesahkan sebelum insiden tersebut berlaku bahawa teknologi Innoscience telah ditukar dan tidak melanggar paten Infineon, yang membuatkan ramai pihak keliru.

Dan perkara ini dilihat sebagai isu yang agak rumit kerana kedua-dua syarikat Infineon dan Innoscience bertanggungjawab untuk menghasilkan cip kawalan kuasa GaN untuk NVIDIA, khususnya untuk rak mesin pelayan AI 800VDC dengan kapasiti penggunaan kuasa 1MW yang membolehkan pelanggan untuk membina pusat data dengan kapasiti penggunaan kuasa 1GW dalam ruang yang lebih kecil.

Sumber: SCMP

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved