Hubungan Cinta Disahkan Agensi, Ailee Umum Bakal Kahwin 2025

EntertainmentMusic
20 Mar 2024 • 3:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi terkenal Korea Selatan, Ailee mengesahkan hubungan percintaannya dengan seorang ahli perniagaan dan dilaporkan sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.

Menurut laporan The Korea Times, Ailee menyiarkan pengesahan itu di media sosialnya hari ini untuk berkongsi perasaan mengenai hubungan tersebut dengan peminatnya.

image is not available

Foto: The Korea Times

“Saya tahu anda pasti terkejut dengan berita hubungan saya, tetapi saya benar-benar berterima kasih atas ucapan tahniah yang tulus.

“Kami berada dalam hubungan yang indah dan saya akan memberitahu dari semasa ke semasa apabila tiba masanya,” tulis penyanyi I Will Go To You Like The First Snow itu.

image is not available

Foto: The Korea Times

Dalam pada itu, agensi Ailee turut mengesahkan hubungan tersebut serta memberitahu bahawa pasangan terbabit bertemu melalui perkenalan oleh seorang kenalan.

Ailee akan menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert jelajahnya , I Am: Here pada 22 Jun ini bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved