Kenal Dari ‘Be Melodramatic’, Gongmyung & Doyeon Weki Meki Dilapor Sedang Bercinta

Entertainment
26 Feb 2024 • 8:04 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Adakah sudah ada pasangan baru dalam baru dalam industri seni Korea?

Terbaru, media News Tomato melaporkan bahawa pelakon Gongmyung dan ahli Weki Meki iaitu Doyeon yang aktif sebagai pelakon sedang menjalinkan hubungan cinta. Khabarnya, ia bermula selepas mereka sama-sama muncul dalam drama “Be Melodramatic” di mana lelaki itu merupakan antara pelakon utama dan Doyeon pula membuat kemuncula istimewa semasa episod kedua.

Gongnyung juga pernah bernaung di bawah agensi Weki Meki iaitu Fantagio sebelum berpindah agensi. Kongsi wakil dalam industri,

Hubungan mereka semakin rapat selepas Doyeon meninggalkan asrama Weki Meki.

image is not available

Komen agensi mereka,

Sukar untuk memberikan sebarang pengesahan memandangkan ia melibatkan hal peribadi mereka.

Respon agensi Gongmyung pula,

Berita mengenai mereka adalah tidak benar. Mereka hanya kenala satu sama lain kerana dari agensi yang sama, dengan hubungan senior-junior.

Kalau betul pun, apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.