Hubungan Martin dan Aprilia makin parah

17 Jun 2026 • 3:08 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Hubungan Martin dan Aprilia makin parah

Kelakuan Jorge Martin sejak kebelakangan ini mula menimbulkan persoalan dalam paddock MotoGP. Bukan kerana kelajuannya di atas litar, tetapi kerana beberapa kontroversi yang dilihat semakin menguji kesabaran pengurusan Aprilia.

Kemuncaknya berlaku di Grand Prix Hungary apabila Martin menyebabkan kemalangan di selekoh pertama yang turut menyingkirkan rakan sepasukannya sendiri, Marco Bezzecchi. Apa yang menarik, CEO Aprilia Racing, Massimo Rivola, tidak melindungi pelumbanya seperti kebiasaan seorang bos pasukan.

Massimo secara terbuka menyifatkan kesilapan itu sebagai sesuatu yang “tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang juara dunia”. Rivola malah mengakui beliau tidak akan membantah sekiranya hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap Martin.

Kenyataan terbuka sebegitu memberi gambaran bahawa tahap kesabaran Aprilia terhadap Martin mungkin sudah semakin menipis. Malah bekas juara dunia, Jorge Lorenzo, turut terkejut melihat bagaimana Rivola mengkritik pelumbanya sendiri di hadapan media dan mengingatkan bahawa Aprilia sebelum ini sudah banyak bersabar dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan Martin.

Para pengamati media kebanyakannya menjangkakan bahawa jika isu dalaman ini tidak reda maka Martin berpotensi besar digugurkan dari skuad Aprilia sebelum kontraknya tamat.

The post Hubungan Martin dan Aprilia makin parah appeared first on TW Media.

View Original Article