“Hubungan Mereka..” – Berlatarkan Seoul Pada 2024, Pengarah Kongsi ‘Spoiler’ Musim 2 ‘Gyeongseong Creature’

8 Jan 2024 • 10:25 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Misteri belum berakhir, “Gyeongseong Creature” akan kembali menemui penonton dengan musim kedua!

Terbaru, Netflix telah mengumumkan bahawa musim 2 “Gyeongseong Creature” akan ditayangkan pada tahun ini, dengan lebih banyak daya tarikan. Kongsi Netflix,

Musim 2 akan ditetapkan di Seoul pada tahun 2024 dan merupakan cerita tentang pertemuan Ho-jae, yang menyerupai Jang Tae-sang dalam segala-galanya dan Yoon Chae-ok, yang akan meneroka hubungan mereka yang belum selesai.

Pengarah berkata,

Musim 2 akan memfokuskan pada nasib dan masa depan Tae-sang dan Chae-ok. Ia adalah cerita dengan daya tarikan yang sama sekali berbeza.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.