Hubungan Naza Italia & Ferrari Bakal Berakhir

10 Mar 2023 • 11:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kuala Lumpur, 10 Mac – Kumpulan NAZA bakal mengakhiri hubungan perniagaan dengan Ferrari S.p.A (Ferrari) memandangkan ketidakserasian strategi kedua-dua syarikat berkenaan, ujar wakil NAZA dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut kenyataan tersebut, Kumpulan NAZA telah mengkaji semula bisnes automotif mereka bagi mengenalpasti jenama yang bersesuaian bagi memantapkan perniagaan automotif NAZA.

“Keputusan ini tepat pada waktunya dan membuka ruang untuk NAZA memberi tumpuan kepada jenama lain di bawah bisnes automotif. Langkah ini bakal membolehkan NAZA memperuntukkan sumber perniagaan kepada jenama lain yang telah dikenalpasti dalam strategi bisnes automotif NAZA,” tulis kenyataan itu.

Bagaimanapun, NAZA akan terus memberi sokongan kepada Ferrari untuk memudahkan segala proses peralihan menjelang April 2023.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan yang sekian lama terjalin. Semoga jenama Ferrari terus mencapai kejayaan.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved