“Hubungan Sulit..” – Dikritik Teruk, Ji Seunghyun Terpaksa Mohon Maaf Pada Penonton ‘Good Partner’

EntertainmentMovie
27 Aug 2024 • 11:25 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Memang hebat ya penangan drama “Good Partner”.

Membawakan watak Kim Ji-sang — seorang suami yang terlibat dalam skandal curang — Ji Seung-hyun telah menghadapi kecaman hebat daripada penonton yang nampaknya terkesan dengan jalan ceritanya.

Kecaman itu terlalu hebat sehingga pelakon tersebut merasakan perlu untuk mengeluarkan permohonan maaf rasmi kepada penonton rancangan itu.

Terbaru, Ji Seung-hyun muncul dalam sebuah video berjudul “Ini adalah Kim Ji Sang. Saya Minta Maaf” di saluran media sosial SBS untuk meredakan kemarahan ramai.

Dengan ekspresi wajah yang serius, dia menyatakan kekesalannya atas kesulitan yang disebabkan oleh tindakan wataknya, dan secara langsung memohon maaf kepada penonton serta watak fiksyen yang terjejas oleh lakonannya.

Saya dengan tulus memohon maaf kepada Cha Eun-kyung, yang terluka kerana hubungan sulit saya dalam K-Drama ini. Saya juga dengan tulus memohon maaf kepada Choi Sa-ra, pasangan hubungan sulit saya dalam drama ini. Saya telah melakukan perbuatan yang benar-benar tidak boleh dimaafkan dengan menjalani dua kehidupan berbeza.

Memang serius eh penonton “Good Partner”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.