Hubungan UMNO, PH corak kerjasama baik - Wan Rosdy

LocalPolitics
17 Jan 2025 • 10:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Program TownHall Rakyat, bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) dan Fikry Ibrahim selaku Hos secara langsung di Dewan Karangkraf pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - Tidak ada masalah timbul dalam antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) malah hubungan antara parti dan gabungan itu mencorakkan kerjasama baik.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, soal kerjasama dalam negeri, PH mematuhi segala perkara yang diminta oleh kerajaan negeri.

"Dalam PH ada Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Hubungan setakat ini, alhamdulillah tiada masalah malahan mereka patuh apa yang kita minta.

"Sebagai contoh pada suatu ketika, mesyuarat Exco pada Rabu... ada kelompok 'musang king' ingin menyerahkan memorandum kepada ahli Exco daripada DAP.

"Saya bagitahu kepada ahli berkenaan yang awak sekarang ini kerajaan. Jangan pergi ambil memorandum tersebut dan mereka (ahli exco) patuh. Mereka tak ambil, cuma hantar wakil sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Town Hall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.

Bagaimanapun, Wan Rosdy tidak menolak timbul masalah kecil dengan parti berkenaan, namun ia perkara biasa dan hal sedemikian pernah dialami bersama MCA.

Beliau menegaskan, masalah tersebut bukan satu halangan untuk membangunkan kerajaan negeri dan ia dapat dibuktikan dengan prestasi terkini.

AKAN MENYUSUL