Hudson-Smith kuasai 400m Eropah

13 Aug 2026 • 3:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hudson-Smith kuasai 400m Eropah

BIRMINGHAM: Matthew Hudson-Smith mengakui kejayaannya untuk kembali muncul juara dalam acara 400 meter (m) lelaki Kejohanan Olahraga Eropah di Stadium Alexander cukup bermakna selepas memenangi perlumbaan di hadapan penyokong sendiri, semalam.

Hudson-Smith, 31, merupakan pemenang pingat perak Olimpik 2024 serta pemegang rekod Eropah, mencatat masa 44.17 saat (s) untuk muncul juara.

Pelari Perancis, Muhammad Abdallah Kounta meraih pingat perak dengan catatan 44.40s manakala wakil Belanda, Jonas Phijffers melengkapkan podium hasil larian 44.41s.

“Saya rasa sangat luar biasa. Saya tidak mungkin berada di sini tanpa sokongan anda semua. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa bermaknanya perkara ini kepada saya,” kata Hudson-Smith.

Hudson-Smith turut mendedahkan pesanan jurulatihnya sebelum perlumbaan yang menjadi pembakar semangat untuk memastikan kejuaraan kembali menjadi miliknya.

“Jurulatih saya hanya berkata, ‘Sebaik sahaja kamu pastikan kemenangan itu, pastikan kamu selesaikannya’.

“Ini adalah tempat kamu, pertahankannya. Saya tahu untuk mengalahkan saya, mereka perlu menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa.

“Tiada siapa yang akan mengalahkan saya di trek ini. Ini rumah saya. Saya sudah berada di sini sejak umur sembilan tahun,” katanya.

Sebagai rekod, Hudson-Smith memenangi pingat emas dalam acara yang sama pada edisi 2018 dan 2022. – AFP

 

The post Hudson-Smith kuasai 400m Eropah appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved