Hujan ais hentam Bogota

WorldEnvironment
8 Oct 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan ais hentam Bogota

BOGOTA – Fenomena hujan ais dilaporkan melanda wilayah Bogota, Colombia baru-baru ini, menyebabkan sebahagian besar jalan raya dilitupi butiran air batu berikutan cuaca ekstrem yang berlaku mendadak, lapor laman berita Kumparan.

Mengulas kejadian itu, Agensi Pengurusan Risiko dan Perubahan Iklim menyatakan, suhu sekitar  mencatatkan bacaan  24.6 darjah Celsius pada waktu tengah hari, sebelum cuaca bertukar gelap dan disusuli hujan lebat serta ais.

Ekoran jarak penglihatan  terhad dan gangguan talian komunikasi, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam menghentikan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado. 

Penerbangan dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat selepas keadaan kembali terkawal.

Pakar-pakar cuaca berkata, walaupun fenomena El Nino di Colombia secara umumnya mengurangkan taburan hujan, ia tidak menghalang pembentukan ribut secara mengejut. 

Tambahan pula, bulan Oktober dan November sememangnya menandakan permulaan musim hujan di negara berkenaan. – AGENSI

The post Hujan ais hentam Bogota appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved