Hujan Berlarutan Punca Banjir Di Marudi Berada Pada Tahap Bahaya

16 Sep 2022 • 3:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Amaran banjir di Marudi berada pada tahap Bahaya

Hujan Berlarutan Punca Banjir Di Marudi Berada Pada Tahap Bahaya. Air banjir di Marudi meningkat semalaman, dengan beberapa rumah di kawasan rendah dan jalan utama ditenggelami air hari ini.

Walaupun paras air meningkat, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (Bomba) Miri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, tiada pemindahan dilakukan setakat jam 8 pagi tadi.

image is not available
Hujan Berlarutan Punca Banjir Di Marudi Berada Pada Tahap Bahaya. Kredit foto: Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia -PEDi Marudi

“Berdasarkan laporan pasukan peronda kami di Marudi, didapati paras air meningkat.

katanya

Beberapa rumah di sekitar Marudi telah ditelenggami air

Tambahnya, beberapa rumah dan jalan utama di Marudi telah ditenggelami air katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, jalan menuju ke feri itu turut dinaiki air setakat jam 8 pagi, namun masih boleh dilalui semua kenderaan.

image is not available
Kredit foto: Borneo Post

Beliau menggesa mereka yang ke Marudi dan pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan apabila melalui rumah di tepi jalan utama terutama di Kampung Dagang bagi mengelak air banjir masuk ke dalam rumah.

Laporan daripada Publicinfobanjir

Menurut laporan daripada portal Publicinfobanjir, mereka telah mengeluarkan amaran bahaya kepada beberapa tempat yang ditenggelami air.

image is not available
Kredit Foto: Publicinfobanjir

Menurut notis yang dikeluarkan di portal mereka, daerah Marudi dilihat pada kedudukan teratas yang menerima amaran bahaya.

Oleh itu, penduduk sekitar diminta untuk sentiasa peka dengan paras banjir di sekitar mereka dan boleh merujuk kepada portal publicinfobanjir bagi mengetahui update semasa.

“Mereka yang memerlukan bantuan atau pemindahan, sila hubungi Bomba Marudi di talian 085-755189,” kata Ahmad Nizam.

Lagi di sini: