
Kuala Lumpur: Hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Timur dan Utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 hingga 18 Nov ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di kawasan berkenaan dan keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh tersebut.
“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sekiranya perlu,” katanya kenyataan itu.
Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

