Hujan berterusan di Pantai Timur, utara Semenanjung, timur Sabah

11 Nov 2023 • 5:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Negara sedang mengalami fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dan dijangka luruan monsun akan berlaku di Pantai Timur, utara Semenanjung dan timur Sabah bermula 16 hingga 18 November 2023 berdasarkan analisa model cuaca.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

"Negara sedang mengalami MTL 2023/2024. Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 sehingga 18 November 2023.

“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sekiranya perlu.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved