
Hujan Berterusan Sejak Malam Tadi, Meru Dilanda Banjir
Berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi, terdapat kawasan di Klang yang telah dinaiki air. Keadaan air yang semakin tinggi bermula awal pagi tadi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial, keadaan terkini menunjukkan beberapa kawasan di daerah itu terjejas termasuk kawasan perumahan, masjid dan premis perniagaan. Setakat ini, lokasi yang dikenal pasti terjejas merupakan kawasan di sekitar Meru.
Difahamkan, air sudah di paras lutut sekitar Jalan Cempaka Meru seawal jam 2 pagi tadi.
@cafesalim Jutaan Maaf pada semua kami ingin memaklumkan Cafe Salim Jalan Cempaka Meru akan Tutup pada hari Jumaat 29/11 atas sebab banjir yang melanda. Keadaan banjir yang tinggi dan berbahaya melanda banyak tempat di kawasan Meru. Mohon doakan agar seluruh warga yang terlibat banjir dijauhi bahaya. In shaa Allah kami akan update dari semasa ke semasa Cafe Salim Dinner Batu 5 1/2 Jalan Meru BUKA seperti biasa. #cafesalim #merubanjir #banjir #cafesalimmeruklang #cafesalimbreakfast
Penduduk di sekitar turut berada dalam keadaan berjaga-jaga.
@anak_pak_mael semoga dipermudakan urusan untuk saya dan yang terkena musibah banjir di meru klang #banjirmeruklang #banjir #setiaalam #meruklang
Setakat pagi ini, tiada maklumat terkini berkenaan banjir di kawasan lain sekitar Klang.
@media_penglipurlara Keadaan depan Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang pada jam 7.50 pagi Jumaat, 29 November 2024. #banjir #meru #fyp #viral
♬ original sound – Shanshan skincare – Rekomendasi Skincare Murah
Terdahulu, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melanda Selangor, khususnya Klang pada jam 1 pagi tadi. Amaran tersebut menjangkakan hujan lebat di beberapa kawasan sehingga jam 6 pagi yang kemudiannya berkuat kuasa sehingga jam 9 pagi apabila amaran baharu dikeluarkan pada jam 5.15 pagi.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang juga telah mengeluarkan notis persediaan menghadapi fenomena Monsun Timur Laut yang bermula sejak Selasa hingga Isnin depan.
Menerusi muat naik di laman Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Klang, pihaknya turut menasihati orang ramai untuk bersedia berikutan air pasang yang dijangka naik setinggi 4.7 meter pada jam 4.29 pagi tadi.
Paras air dijangka kekal melebihi 4 meter sehingga Isnin.
Sementara itu, Bernama melaporkan jumlah mangsa banjir terkini di Kelantan meningkat dengan mendadak pagi ini iaitu seramai 59,232 orang dipindahkan ke 221 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 50,947 orang mangsa malam tadi.
Sumber: Suriea Mohd Noor, Cafe Salim, Anak Pak Mael, Media Penglipur Lara, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)
The post Hujan Berterusan Sejak Malam Tadi, Meru Dilanda Banjir appeared first on Siakap Keli.


![Aksi Berani Dua Pemuda Terjun Sungai Ketika Arus Deras Buat Ramai Risau [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)