‘Rumah Rakit’ Di Kemaman Kembali Viral Sebab Masih Terapung Dalam Banjir

Entertainment
29 Nov 2024 • 4:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rumah seorang warga emas di Kelantan yang pernah tular sebelum ini kembali menjadi tumpuan ramai apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam mendedahkan rumah itu selamat kerana berjaya terapung daripada dilanda banjir.

Menerusi Facebook miliknya, beliau meluahkan rasa syukur apabila kediaman yang digelar sebagai ‘Rumahku, Rakitku’ yang terletak di Kampung Tebak Batu 16 masih terapung dan selamat.

Namun begitu, beliau menasihati pemilik rumah A Bakar Che Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pok We, 69 untuk berpindah ke tempat yang selamat.

“Rumah Terapung Pok We Viral Batu 16, Kg Tebak, Kemaman Alhamdulillah Terapung dengan jayanya. Apapun berpindahlah ke tempat yang mudah untuk bantuan sampai.”

image is not available

Ketika ditemubual bersama Harian Metro pada tahun 2022, Pok We menyatakan rumahnya selamat dengan hanya berbekalkan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia yang menjadi penyebab rumahnya terapung.

“Rumah ini mengambil masa dalam tiga bulan lebih (untuk dibina)… rumah ini mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik air, manakala ia juga boleh menampung seberat 15 tan metrik.”

Jelasnya, rumah yang dibina hasil titik peluk ahli keluarga yang terdiri daripada 7 anak serta menantunya itu terhasil apabila sering terkesan jika berlaku banjir.

“Saya sudah duduk di sini selama tujuh tahun, hanya satu tahun sahaja pada 2016 rumah kami tidak ditenggelami banjir.”

image is not available image is not available

Jelasnya, dengan adanya rumah itu, dia tidak berpindah ke PPS sebelum ini dan hanya duduk di rumahnya yang lain yang tidak jauh daripada kediamannya itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.