Hujan lebat, angin kencang landa 8 negeri

LocalEnvironment
28 Oct 2026 • 4:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan lebat, angin kencang landa 8 negeri

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan di lapan buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 8 mam nanti.

“Amaran dikeluarkan di negeri Kedah (Langkawi), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Cameron Highlands, Bentong, Raub, Lipis dan Jerantut).

“Selain itu, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di Selangor (Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling dan Hulu Selangor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, cuaca buruk juga dijangka melanda beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Rembau, Port Dickson dan Jelebu.

“Amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi seluruh negeri Melaka serta beberapa daerah di Johor iaitu di Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

“Bagi negeri Sarawak, amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan Samarahan (Sebuyau), Sri Aman, Bintulu (Tatau), Kapit (Song), Sibu, Mukah, Betong, Sarikei, Limbang, Miri (Marudi),” katanya.

Di Sabah, amaran sama turut melibatkan Pedalaman (Pensiangan dan Tambunan), Sandakan, Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Kudat (Kota Marudu)- KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat, angin kencang landa 8 negeri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved