Hujan lebat berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu

28 Nov 2023 • 12:22 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk bermula hari ini sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Besut di Terengganu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan; Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan dan Pekan di Pahang bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan tersebut.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan. - 28 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved