Penganjur Konsert Loy Kratong Di Kelantan Langgar Syarat, Bakal Didenda RM10,000

28 Nov 2023 • 5:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda melebihi RM10,000 berikutan pelanggaran syarat oleh pihak penganjur konsert sempena Pesta Loy Kratong di Bachok, Jumaat lepas.

Ada permit namun gagal patuhi peraturan

Memetik laporan dari Bernama, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata konsert berkenaan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan kerana ia mempunyai permit untuk penganjuran, namun gagal mematuhi sebahagian peraturan ditetapkan.

image is not available

Konsert Loy Kratong diadakan secara tertutup, tapi ada orang Islam datang

Pihak penganjur memohon permit untuk acara berkenaan pada 25 Jun dan permit hanya diluluskan pada 20 Sept selepas kita menjelaskan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi termasuk lokasi penganjuran tertutup serta hanya dihadiri penganut agama mereka sahaja.

“Bagaimanapun pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan ditetapkan dan antara kesalahan dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung beragama Islam ke konsert berkenaan,” katanya.

image is not available

Anggota RELA bertugas di Konsert Loy Kratong akui gagal kawal keadaan

“Pihak penganjur di Bachok mengakui seorang anggota Rela yang diupah di konsert berkenaan, gagal mengawal keadaan sehingga acara itu turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.

“Sedangkan poster berhubung acara berkenaan sudah dibuat dalam bahasa Thailand dan konsert keagamaan yang diadakan secara tahunan itu hanya untuk penganut beragama Buddha,” katanya.

image is not available

Konsert tersebut berlangsung pada 24 November lalu dan merupakan salah satu acara kebudayaan masyarakat Siam yang diadakan saban tahun.

Sumber: Bernama